protected

September 29, 2011

Ribut di sekitar Kuala Terengganu 27/9/2011

Ya Allah...selamatkan lh bumi terengganu daripada malapetaka....terutama keluargaku...kaum kerabatku...kawan2 ku...guru2..serta semua penduduk di terengganu daripada bencana alam...amin...

ini aku appload video bencana alam selepas beberapa minit ribut melanda terengganu pada 27/9/2011




Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin.
Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan PialaMalaysia bertempiaran lari.
Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan bumbung-bumbung rumah rosak teruk sementara lebih sepuluh kereta milik penonton yang diletakkan di luar stadium rosak dihempap pokok.
Selain itu, puluhan papan iklan turut diterbangkan angin manakala beberapa keping zink di kawasan stadium tercabut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berada di stadium berkenaan ketika kejadian berkata, bencana ribut itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca.
Bagaimanapun kata beliau, laporan awal mengesahkan beratus-ratus rumah telah rosak selain beberapa pokok besar di tengah bandar tumbang.
“Kita belum mendapat angka sebenar rumah yang terjejas tetapi antara tempat yang teruk dilanda bencana ini ialah di Seberang Takir dan beberapa kampung sekitar Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mengenai kejadian di stadium, beliau menjelaskan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan semua kerosakan akan dibaik pulih dengan segera.

September 13, 2011

kesempurnaan

i'm not a perfect person.....aku bukan org yg sesempurna kamu....setiap manusia diberi kelebihan dan kekuranga....dan tidak ada orang yang sempurna didunia ini.....ok tq...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...