protected

December 20, 2011

mmmm...

;(

sorry....for everthing....

hope u always happy....

i'm sorry for everything....

im not the best for you....



December 15, 2011

happy.....gembira....suka..... ;)



suka.....
gembira....
happy...
:)




tq erk....
krn suka bg nasihat membina... ;)



December 10, 2011

mata kanan aku berkedip...ntah npe...

salam...sudah beberapa hari ni...kelopak mata kanan aku berkedip...xtau nk knp...tye kwn2 aku...dia ckp aku nk jmpa org jauh /org jauh nk jmpa aku....aku duk tertanya2 sndiri..spe lh erk yg bertuah 2 aku nk jmpa...hahaha...


Orang kata kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh. Ada juga yang kata nak dapat berita baik. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis . Apapun semuanya ketentuan dari Allah, semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi.Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik2 sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebalik...


ok cni da ckit info pasal mata kedip2 or eye twitching...



Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai MyokymiaUntuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

  • Tekanan (Stress)
  • Kelesuan (Tiredness)
  • Ketegangan Mata (Eyestrain)
  • Kafein (Caffein)
  • Alkohol (Alcohol)
  • Kekeringan Mata (Dry Eyes)
  • Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
  • Alergi (Allergies)
Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun,eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.


Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitchingterutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.


6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX

Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.

Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup.  Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot  di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.

Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel yang lepas iaitu Eye Twitching.


TAZKIRAH

Berbalik kepada 2 situasi yang saya berikan di atas, kita perlu berbalik kepada doa Rasullulah ini:

Doa Rasulullah s.a.w:
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)
(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah. 

December 8, 2011

9 Disember 2011

Assalamualaikum..
Alhamdulillah....ari ni merupkan 9/12...adalah ari aku dilahirkan...
syukur...alhamdulillah....kepada ALLAH s.w.t..kerana beri pinjam aku nyawa...dan masih lagi bernafas...
selama 23 tahun aku msih lagi hidup di atas dunia ini...tiada hari yg pling gembira melainkan ckup umur...dan tiada hadiah yg pling aku suka adalah...ucapan dan penghargaan yg diberikan....trima kasih buat family ku..rakan-rakan yg masih mengingati diri ini...
buat family ku...tiada hadiah ingin ku tuntut dari mu mak dan ayah..kecuali kasih sayang yg diberikan..akn ku hargai...sampai ble2...miss u so much...
buat kawn2..yg tak henti2 memberi ucapan dan mendoakan diri ini..aku ucapan ribuan trima ksih.....buat sahabatku...dan kenalan rapatku..aku xingin hadiah yg hebat darimu...cukup lh kamu berada disamping ku...dan menyenangkan ku..setiap masa...kerana kaulah sahabat dan kaulah temanku...
semoga persahabatan kte kekal hingga akhir hayat....sayang kamu smua... ;)


December 5, 2011

alhamdulillah syukur...

salam...arini...
bertarikh 6/12/2011 aku telah selamat menghantar esemen ku...
en..tesis...bye2...
selamat tinggal...
berbahagialh anda dgn ibu barumu...hahaha...
alhamdulillah...selesai sudah tugasan utk sem last ni....
tapi..da lg...
2 presetation yg lom settel..
jumaat ni..aku kne present tuk klas tanaman...
YA ALLAH....berilah aku kekuatan tuk present jumaat ni..amin..
lpas2 next week..aku present tuk kajian tindakan...
bebas skjap dr cengkaman esemen dan tugasan..huhuhu..
sebelum final exam....!!!!


tugasan sem ni...tesis dan kajian tindakan...*mujut tesis xpyh jilid...jimat duit aku...hehehe..*

bersama penasihat tesis..Ir Ashah...



December 3, 2011

senyum...

salam ari ni..aku nk senyum je....
myb ari ni ari senyum sedunia kot...
senyum...tak perlu kata apa-apa...senyum...








November 28, 2011

minggu ke-11

salam...ok skrg dh msuk mggu ke-11...mggu ke-12 aku kne anta tesis...
tesis on progress...huhuhu...
ble dh anta tesis...ini menunjukkan sem dh nk berakhir...ble dh nk berakhir...
mknyer dh nk berpisah dgn smua kwn2....semua akn pulg ke negeri asal masing2...ke kg halaman....xtau ble lg blh jmpa dgn diorg smua....arrr...sedihnyer....rse mcm xsggup nk hadapi....
setiap pertemuan..mesti diakhiri dgn perpisahan...itulh realiti kehidupan...
tp aku mcm xblh nk trima ye hakikat ini...mse mule2 msuk upc...aku mmg xsabar nk habiskn blaja...sbb pe..sbb xsggup nk buat asgmnt yg btl2..mncabar...ok skrg esemen tggal ckit je lg..lpas ni aku xda lg buat esemen dlm hidup kcuali aku smbg master...(insyaallah)...amin..
sygnyer nk tggalkn bumi tanjung malim yg mempnyai seribu 1 kenangan yg dh terpahat kat aku ni.....huhuhu..poyo je...
tp jujur aku ckp...aku syg kwn2 yg pernah jd kawan aku slama blaja kat upc ni...xkira lh dr kos aku..ke..kos lain ke...yg da kaitan dgn aku...aku syg korg smua....maapkan smua kesalhn yg telah aku buat erk..halalkan makanan yg tlh aku termakn dn terminum....aku akn sentiasa rindu kat korg smua 6ti... ;)




November 25, 2011

selamat menyambut awal muharram/ maal hijrah...

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.



SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....BERSAMA2 LH KTE MEMPERTINGKATKAN IBADAH KEPADA ALLAH S.W.T....TUTUP BUKU LAME DAN SAME2 BUKE BUKU BARU.... ;)

November 18, 2011

UPSR 2011 TERENGGANU

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus unggul dalam pencapaian semua A, UPSR 2011 dengan pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 sebanyak 15.4%. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Peningkatan 4.3 % mengikut En.Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu antara yang terbaik semenjak beberapa tahun ini. Begitu juga dengan Gred Purata Negeri telah meningkat 0.11 dari tahun 2010 sebanyak 2.25 kepada 2.14 tahun 2011.

Pengumuman keputusan UPSR 2011 bagi negeri Terengganu telah disampaikan oleh En. Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, pagawai di jabatan dan ppd serta wartawan akhbar dan media elektronik.

Pengarah Pelajaran Negeri bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberi sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. SK. Kampung Bharu Tok Dor, Besut  memperolehi pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi GPS ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Daerah terbaik pencapaian semua A ialah Daerah Besut iaitu 23.9%.

Insyaalah jika tiada aral melintang kami akan upload keputusan penuh UPSR Terengganu. Jangan lupa bersama USR Blog. Tahniah Ganu Kite !!! Terima kasih Menteri Besar, Terima Kasih Pemimpin Negeri dan Kepimpinan JPN Negeri,  Terima Kasih Cikgu, Terima Ibubapa, Tahniah anak-anak...Terima Kasih Rakyat Terengganu yang cintakan ilmu.







tahniah utk adik2 yg amik UPSR 2011 yg telah berjaya... ;)

November 12, 2011

12/11/2011

salam...tarikh 11/11/2011...semua org duk kecoh2...psal tarikh ni...ckp tarikh ni tarikh baik...tarikh yg cantik dn mcm2...tp bg spe yg kwin...tunang pd tarikh ni...aku ucapkan selamat pengantin baru dan selamat bertunang...
dan tarikh ni yg aku banga2 kn...huhuhu...12/11/2011....sbb pe...ni tarikh birthday along....along selamat hari lahir...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....amin...semoga tercapai apa yg dihajatkan...kami semua syg along....(^^)





November 10, 2011

help me.....

depression and the feeling of facing a thesis and action research......give me courage and strength to complete......















November 5, 2011

selamat hari lahir ayah... ;)

salam...semperna hari yg mulia...dan bulan yg mulia...aku nk ucapkn...selamat hari lahir buat ayahku yg tersayang  yg ke-55...hari lahir ayahku...6hb.11.2011....bersamaan hari raya aidiladha.....
ayah....semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....terima kasih kerana membesarkan ku...jasa dan pengorbananmu tak mampu ku balas....besar-besaran 2 ktorg sambut...siap sembelih seekor lembu tuk family..huhuhu...xsabar nk tggu esok...huhuhu....



selamat hari lahir ayah..... ;)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...


Assalamualaikum.....sy nk ucapkan selamat hari raya aidiladha...kpd semua muslimin dan muslimat, semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini. Renung dan hayatilah semangat disebalik hari raya ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja demi agama, bangsa dan negara.....







October 29, 2011

thankss....to my mum....

thankss....to my mum.....sbb sudi masak nasi dagang tuk ku...huhuhu...mak sanggup tggu smua anak-anaknyer blik umh bru msak nasi dagang...sedihnyer...kasih sayang seorang ibu tiada bandingan....
mak dh bg ptua mcmne nk wt nasi dagang dgn sedap....(^_^).....sesedap masakan mak...huhuhu..
mak ckp lpas ni kalo mak dh xda...kamu smua blh lh msak nasi dagang tuk suami...
mak ckp lg...along...dh pndai...masak nasi dagang....kalo lpas ni mak dh xsihat ke...mak dh xda along blh msak tuk kamu smua....sedihnyer.....mak semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki.....syg mak...muahhhh....



 ini lh hasilnyer...hasil masakan...mak..aku dgn along...tlg ckit2 je....


jalan2 sekitar terengganu

suka sgt..sbb pe...sbb dpt jln2...smua tmpt yg aku nk pg kat cni..dpt pg...hehehe...ntah knp...along aku...ikot smua kehendak aku...mne aku nk pg smua di bw...hahaha...suka sgt...tq along... ;)

smpt lg snap gmbr...
4 org...smntara tggu sorg lg abis kem....huhuhu...


ckup group....huhuhu...

(^_^)



suka gmbr ni....

thanks...to en.photografer....sbb sudi ikot ke mana shj kami jalan2...huhuhu... ;)

October 27, 2011

sedih....

salam....aku nk post entry ni wt dia....sdih btl tgok fb dia td....smpai mcm2 skali...xtau lh nk ckp mcmne....npe dia dh brubah jd mcm2...syg btl lh..sedih aku tgok....npe lh cpt sgt blh berubah...cpt sgt terpedaya dgn dugaan luar...xkn xda sdikit pn perasaan syg kat mak ayh dia...iman kat dlm diri dia...huh...xtau lh nk ckp apa...
hope dia xterpesong mcm org lain..amin...aku syg dia adik beradik seagama aku...

jgn pandang belakang....

ok skrg ni aku kne pandang ke depn je....dn jgn sesekali toleh ke belakang lg OK.... :)

October 26, 2011

friends...

kata mak sahabat sepanjang jalan..blh percaya ke????




but impossible to obtain true friends..






October 14, 2011

kuiz....test....

kuizzz....testtttt.....next week dh da kuiz.....seriously..aku ckp...aku xfham apa yg prof ajar...cetek sgt ilmu yg aku dpt dr prof... test in english...gerun btol aku dgn english ni...dh lh xbrapa nk pndai BI..tiba2 sem ni da plak sbjek full in english.. YA ALLAH...xblh nk ckp apa lh...terpaksa tempuhi wlpun berat sgt aku rse...YA ALLAH....bantu lh hamba mu ni...semoga aku dpt jwb kuiz dgn baik...amin...


dh mula rse strees....huhuhu..


mcmne lh agaknye...kalo exam 6ti....xdpt aku nk bygkn...huhuhu..
hope aku dpt jwb dgn baik..amin... ;)
chayok2... u can do it..


October 13, 2011

mudanye mengeluh...


senangnye kte mengeluh erk...aku pn xtau...npe lh sjak akhir2 ni aku suka sngt mengeluh....smua bnda aku buat aku akan mengeluh..klu mak aku tgok ni..cmpem aku kne mrah..sbb suka mengeluh...mak aku mmg pantang dgr org suka mengeluh..xtau lh aku npe lh suka sngt mengeluh erk...kdg2 aku aku xsdar aku mengeluh...dia kluar sndiri...xsmpt aku nk than....huhuhu...
 ok ni aku da jmpa artikel..spy aku jgn mengeluh..huhuhu...
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)



~ Adakah MENGELUH menyelesaikan masalah?~

 seorg alim pernah menasihati Khalifah Harun AL-Rasyid, "jgnlh engkau mengeluh dlm urusan yg diamanahkn kpdmu, krn itu bermakna kamu x pernah redha dgn Allah tetapkan utkmu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...