protected

August 26, 2011

tamat sudah...MERDEKA....

Tanggal 25 bulan 8 2011....tamat sudah aku menjalani praktikum...MERDEKA...3X....huhuhu....banyak suka duka yg aku tempuhi sepanjang menjalani praktikum pada sem khas ni....dh lh praktikum sorg diri kat sek tu...nk tunjuk berani lh 2...hahaha....sedangkan aku ni seorang yg penakut....tp ku gagah hi jua tuk praktikum sorg2...huhuhu..pengalaman2...byk btl pengalaman aku dpt kat smksp... (smk seri payong)...pahit manis...smua aku tempuh...huhuhu...tp disini lh...byk tinggal kenangan manis aku bersama student dan guru-guru kat sini...wlpun mula guru2 kat cni agak kerek...tp last aku kat smksp smua cg take cre kat aku....yg aku suka skali...dpt byk gler hadiah...hampir smua guru bg hadiah...sukenyer....huhuhu...tq kat smua guru2 yg bg hadiah dn student...jasamu akan ku kenang..... ;)

dpt kad terbesar dr student....

gambar bersama guru-guru dan stduent..

bersama kak mas, kak ma, kak jie dan cg din

dpt hadiah drp guru2 dan student smksp....tq...






August 19, 2011

tazkirah hari ini...

Berusahalah untuk mengembirakan hati seberapa ramai orang di sekeliling kita jika mahu diri gembira & bahagia, kerana apa yg kita lakukan itulah yang kita akan dapat... Hidup ini sebenar amat adil & saksama cuma kita kadang-kadang tidak banyak berfikir & payah melakukan perkara yg positif...

August 11, 2011

lagu ni mengingatkan ku tentang mereka semua...

lagu ni mengingatkan tentang pengalamanku menjadi seorang guru...
first time aku join perkhemahan....bersama pelajar2...tidur...makan..bersama...
segala pengalaman 4 hari 3 malam kami bersama...kongsi bersama....susah senang..kami harungi bersama...terasa begitu dekat dengan mereka semua....
kerana sebelum perkhemahan kami telah menyiapkan prop persembahan dan latihan kebudayaan bersama selama 2 mggu....
mereka semua telah ku anggap seperti adik-adikku...
pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan aku dimarahi oleh ketua kontijen marang...
sebab persembahan anak buah aku teruk dan tidak menarik perhatian audien semasa raptai persembahan dilakukan...tapi ku tebalkan muka....
hadapi semua ini bersama mereka...ku bagi mereka harapan dan semangat utk buat dengan lebih baik pada malam  kebudayaan tersebut...ternyata...
kami menang kebudayaan tersebut...semua usaha kami tidak sia-sia...
kerana mereka telah buat yang terbaik pada malam tersebut...
aku bangga menjadi guru pengiring mereka pada ketika itu...
sekarang masa telah tiba...kontrak aku berkhidmat di sekolah itu sebagai guru praktikal telah tamat...selama 3 bulan 1/2...banyak pengalaman suka dan duka aku tempuhi sebagai seorang guru praktikal...kini kehidupan aku kembali menjadi seorang stduent..tuk menghabiskan pengajianku tinggal 1 semester lagi...



"Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa"

Assalamualaikum.
Kali ini saya ingin berkongsi satu mesej yang saya dapat daripada seorang kawan saya. Mesej ini dah lama dah dia hantar. Disebabkan mesej itu membawa erti yang sangat-sangat mendalam jadi satu buatkan saya post entry bagi mesej ini. Rasanya korang pun pernah dapat mesej macam ini. 
Mesejnya berbunyi:

" Dalam hati ibu berkata: Pergilah anakku... Belajarlah bersungguh-sungguh... Jangan sesekali kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan... Kalau tak, ibu tak hantar kamu ke sana melainkan detak hati ibu percaya penuh kepada kamu...Kerana kamu anak ibu, sayang...


Dalam sanubari ayah berbisik: Anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa semoga kamu tak pernah lupa dengan nama yang kamu bawa dihujung namamu... Hati ini penuh berharap agar kamu pulang bawa hadiah perjuangan... kerana ayah sayang kamu, anakku..."

Mesejnya sangat panjang sebagaimana penuhnya harapan kedua ibu-bapa terhadap kita. Jangan pernah mensia-siakan kedua ibu bapa kita dengan masalah yang kita lakukan.

Sayangilah kedua ibu bapa anda semasa mereka masih ada, jangan nanti anda menyesal di kemudian hari kerana tidak pernah untuk menghargai budi ibu ayah tercinta.

Kepada yang masih lagi menuntut ilmu, belajarlah bersungguh-sungguh dan janganlah sesekali lupa akan ibu bapa apabila berjaya kelak. Banggalah dengan ibu bapa anda walau semiskin manapun kehidupan mereka dahulu kerana orang disekeliling akan lebih bangga jika anda berbuat begitu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...