protected

March 31, 2011

Sifat mahmudah vs mazmumah

jom kongsi 1 artikel yg aku dpt...sme2 lh kte mengamalkan dan menjadikan ia sebagai teladan dan amalan....



Pemaaf

Allah berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang paling makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh”. (Surah al-A’raf 7:199)

Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah s.a.w dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.

Allah juga berfirman yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. “(Surah al-Baqarah 2:263).

Ingat jadi mulia? Amalkan member maaf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud “Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab member kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no.2588).

Memohon maaf tidak sepatutkan bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim. Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat sesiapa jua walaupun mereka tidak pernah memohom maaf daripadamu.

Pendendam

Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam yang menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya dariapda beroleh kebaikan. Inilah perasaan atau keinginan untuk membalas perbuatan jahat seseorang.

Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut:
1.     Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.
2.    Maafkan semua orang sebelum tidur.
3.    Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.
4.    Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang tidak pernal kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesame insan.
5.    Setiap manusia tidak terlepas daripada membuat silap.
6.    Percayalah jika kita dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Ingatlah, bahawa memaafkan ialah dendam yang terindah. Dan jadilah ibarat pohon epal yang tetap menjatuhkan buahnya yang manis walaupun dilemparkan batu.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...