protected

August 11, 2011

"Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa"

Assalamualaikum.
Kali ini saya ingin berkongsi satu mesej yang saya dapat daripada seorang kawan saya. Mesej ini dah lama dah dia hantar. Disebabkan mesej itu membawa erti yang sangat-sangat mendalam jadi satu buatkan saya post entry bagi mesej ini. Rasanya korang pun pernah dapat mesej macam ini. 
Mesejnya berbunyi:

" Dalam hati ibu berkata: Pergilah anakku... Belajarlah bersungguh-sungguh... Jangan sesekali kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan... Kalau tak, ibu tak hantar kamu ke sana melainkan detak hati ibu percaya penuh kepada kamu...Kerana kamu anak ibu, sayang...


Dalam sanubari ayah berbisik: Anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa semoga kamu tak pernah lupa dengan nama yang kamu bawa dihujung namamu... Hati ini penuh berharap agar kamu pulang bawa hadiah perjuangan... kerana ayah sayang kamu, anakku..."

Mesejnya sangat panjang sebagaimana penuhnya harapan kedua ibu-bapa terhadap kita. Jangan pernah mensia-siakan kedua ibu bapa kita dengan masalah yang kita lakukan.

Sayangilah kedua ibu bapa anda semasa mereka masih ada, jangan nanti anda menyesal di kemudian hari kerana tidak pernah untuk menghargai budi ibu ayah tercinta.

Kepada yang masih lagi menuntut ilmu, belajarlah bersungguh-sungguh dan janganlah sesekali lupa akan ibu bapa apabila berjaya kelak. Banggalah dengan ibu bapa anda walau semiskin manapun kehidupan mereka dahulu kerana orang disekeliling akan lebih bangga jika anda berbuat begitu.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...